Informasi Arowana | Pembelian Arowana |
• Laman Utama • Profil Penulis • E-mel • WWW • Pengenalan • CITES • Perbezaan • Pembelian • Makanan • Pembiakan • Osteoglossidae • Forum • Yahoo! Group • Guestbook • mIRC • Add-a-Link • Galeri • Stok Arowana |
Arowana Asia adalah sejenis ikan peliharaan berjangka-hayat panjang. Adalah penting untuk diketahui dengan betul pada peringkat awal sebelum ia dibeli. Seksyen seterusnya akan menerangkan apa yang perlu untuk sebelum, semasa dan sesudah anda membeli arowana Asia. Sebelum Membeli Penjagaan arowana sebenarnya menuntut komitmen hampir
setiap masa. Arowana, ikan yang sungguh mengagumkan dan mampu
hidup selama hampir 20 tahun. Fikir dua kali sebelum membeli
arowana. JANGAN membeli arowana
atas sebab terdorong, jika anda belum cukup berpengetahuan
mengenainya.
Sesiapa sahaja yang bercadang untuk memelihara arowana, HARUSLAH membuat beberapa kajian terlebih dahulu sebelum meletakkan tangan ke atas dirinya. Berikan perhatian yang khusus akan keperluan-keperluannya dan peruntukkanlah sedikit waktu ketika memeliharanya. Maklumat-maklumat ini boleh didapati pada bahagian muka laman saya yang lain. Jika anda fikir bahawa anda boleh menyediakan persekitaran yang betul di samping dapat mencurahkan kasih sayang kepada ikan tersebut, maka teruskanlah. Saya boleh memastikan bahawa segala ikhtiar yang dikorbankan ke atas arowana anda akan menjadi berfaedah, setelah melihat teman anda yang cantik itu hidup-biak di ruang tamu rumah anda. Di Mana Boleh Dibeli? Biasakan dengan membeli arowana daripada peniaga yang
bereputasi baik. Terdapat ramai peniaga yang tidak
beretika di luar sana, menjual arowana bermutu rendah pada
harga yang tinggi atau daripada jenis yang tidak sama seperti
didakwa. Tidak kurang juga, arowana-arowana yang penuh sarat
dengan hormon! Biasakan dengan membeli daripada peniaga yang
berpengalaman dan jujur, kerana anda mungkin memerlukan
nasihat selepas jualan jika anda mengalami sebarang kesulitan.
Terdapat beberapa lamanweb yang menyediakan "Arowana
Discussion Board" di internet bagi membolehkan anda menimba
pengalaman daripada mereka yang lebih arif.
Memilih Arowana Asia Kesihatan arowana adalah perkara paling asas yang perlu
dipertimbangkan. Pilihlah arowana yang aktif sahaja. Jangan
sesekali membeli arowana yang suka bersembunyi di penjuru,
berenang tidak normal atau yang berpenyakit. Antara
tanda-tanda berpenyakit atau kecacatan yang dihadapi arowana
ialah seperti sepasang sesirip pektoral yang terkapit, sesirip
pektoral yang tidak sama panjang atau terlalu membengkok,
konfigurasi sesisik yang tertonjol, dubur tersembul, bebola
mata berselaput dan bernafas terlalu cepat (rapid breathing).
Keseluruhan konfigurasi ikan haruslah berkeadaan seimbang serta mampu mempamirkan keunggulan dan rasa keanggunan kepada bakal pemiliknya. Kedua-dua bebola mata haruslah kelihatan jernih dan bersih serta bebas daripada sebarang selaput tebal, mulut dan rahang haruslah tertutup sempurna, sepasang sesungut di hadapan rahang bawah haruslah sama panjang serta tidak bergulung, antara bahagian kepala dengan tubuh haruslah melandai, bentuk keseluruhan tubuh haruslah serata serta seimbang, sesisik haruslah tersusun rapi serta kelihatan seimbang, manakala sesirip haruslah sepadan dengan saiz tubuh (tidak terlalu besar atau sebaliknya) serta terbuka sepenuhnya. Warna arowana pula harus dititikberat berdasarkan kepada tanda-tanda pembeza keturunan (strain), samada mereka daripada kategori Emas, Merah atau Hijau. Rahang bawah yang menonjol ke atas akan kelihatan lebih ketara, tatkala arowana itu semakin membesar. Ketidak-seimbangan tumbesaran seperti berkepala atau bermata terlalu besar, adalah petanda bahawa arowana mengalami kebantutan akibat kerencatan atau kelengkungan tulang spinalnya (spinal curvature). Sesirip yang besar lebih digemari oleh kebanyakan para penggemar, tetapi hal ini tidak perlu terlalu difikirkan kerana ia akan kelihatan mengecil apabila arowana semakin membesar. Arowana harus pantas dan tangkas berenang dengan kesemua sesiripnya terbuka luas (termasuk sepasang sesirip pektoral). Arowana juga seharusnya tidak terlalu liar dan sentiasa bersedia untuk diberi makan. Adalah sukar untuk mengenalpasti tanda-tanda pembeza keturunan, jika arowana masih terlalu kecil. Jesteru, sukar jualah bagi menentukan gred-grednya. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya mendapatkan arowana dewasa bagi tujuan pengenalpastian. Jangan sesekali membeli arowana yang baru sahaja tiba di kedai. Sebaliknya sediakan wang pendahuluan, supaya dapat disimpan dan ikutilah perkembangan demi perkembangan dalam beberapa hari kemudian. Wabak penyakit mungkin menjadi-jadi, akibat tekanan sewaktu perjalanan. Di rumah, sambil sibuk menyediakan tempat baru untuk bakal ikan peliharaan kesayangan anda itu, cuba pertimbangkan semula keputusan yang bakal dibuat bagi mengelakkan sebarang kekesalan. Ada bijaknya dalam anda mengorbankan sedikit wang pendahuluan, jikalau anda sanggup bersabar sambil membuat sedikit penyelidikan mengenai arowana-arowana yang baik mutunya! Pemindahan Pastikan air di tangki baru anda telah dituras dengan
secukupnya sebelum anda memindah-masuk arowana ke dalamnya.
Uji tahap pH air tangki baru terlebih dahulu dan berusahalah
untuk meminimakan perbezaan-perbezaannya. Beritahu pekedai
atau pembekal tempatan (Local Fish Supplier - LFS), supaya
tidak memberi makan arowana untuk sehari, sebelum boleh
dipindahkan ke dalam tangki yang baru. Tekanan akibat
pemindahan kelak akan menjadi-jadi jika berperut penuh kerana
kekenyangan.
Cahaya yang tenang (sedate light) untuk arowana dewasa adalah disyorkan selagi cahaya ini tidak menyeksanya. Gunakanlah beg plastik sewaktu menangkapnya berbanding menggunakan jaring bagi mengurangkan kecederaan fizikal. Beg plastik pula haruslah diikat dengan getah gelang (rubber ban) pada setiap penjurunya atau tanpa sudut "maut", bagi mengelakkan ikan itu daripada kelemasan sekiranya terhadapkan mukanya di sudut tersebut. Gunakanlah beberapa lapis beg plastik untuk mengelakkan sebarang kemalangan fizikal yang lain. Lindungi setiap lapisan beg plastik dengan kertas berwarna gelap kerana kegelapan dapat membantu menenangkan arowana. Isikan beg plastik dengan oksigen dan tanyakan kepada pekedai/pembekal tempatan anda; berapa lamakah isian oksigen itu mampu bertahan. Kotak haba (thermal box) juga amat disyorkan bagi menyediakan pemalaran haba, terutama sekali bagi anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi atau beriklim sejuk. Setiba sahaja ke rumah, masukkan beg plastik tersebut ke dalam tangki baru dan biarkan selama sekitar 15-30 minit bagi menstabilkan suhunya. Kemudian, buka beg plastik tersebut dan campurkan sedikit demi sedikit dengan air tangki yang baru dan tunggu selama sekitar 15-30 minit lagi bagi menyelaraskan perbezaan-perbezaan kecil yang terdapat daripada komposisi kedua-dua kimia airnya. Jika komposisi kimia airnya mengandungi perbezaan-perbezaan yang besar, ia MESTILAH diselaraskan sebelum anda memindah-masuk arowana ke dalamnya. Apabila kesemuanya telah tersedia dengan sempurna, sekarang anda bolehlah melepaskan arowana ke dalam rumah barunya itu. Jagaan Lanjutan 1-2
minggu yang pertama adalah detik-detik sukar bagi arowana
menyesuaikan dirinya dengan persekitaran barunya. Sindrom Tangki Baru (New Tank Syndrome)
bukanlah perkara asing terutama sekali di tangki yang tidak
dituras dan distabilkan kimia airnya terlebih dahulu dengan
sempurna. Untuk anda lebih memahami Sindrom Tangki Baru ini,
pertama sekali adalah dengan memahami struktur Rantaian Nitrogen (Nitrogen's Chains)
terlebih dahulu.
Rantaian Nitrogen Sesetengah orang berpendapat dan mempersoalkan tentang
Rantaian Nitrogen ini. Menurut mereka, jika tidak
mengetahuinya sekalipun, tidak akan bermasalah. Hanya kepada
mereka yang benar-benar memahami, betapa pentingnya dalam
menghargai kecantikan arowana adalah berkait-rapat dengan
sistem penjagaan dalaman akuarium, sekaligus berjaya dalam
penjagaan keseluruhannya.
Struktur Nitrogen: Gas Ejen
Pengurai
Sindrom Tangki Baru Tangki yang tidak dituras dan diselenggarakan dengan
sempurna atau ertikata lain; sistem penurasan biologi tidak
lagi berupaya melumpuhkan gas terakhir iaitu Nitrat yang
berpunca daripada keterhasilan gas Amonia pada peringkat awal.
Kesan gas Nitrat yang berlanjutan boleh menjurus kepada
sindrom kemurungan dan ketidakcergasan ikan. Air tangki
perlulah diganti bagi mengubah keadaan ini, di samping
bertujuan membantutkan populasi bakteria Nitrosomonas dan
Nitrobakter daripada terus berkembang. Setelah penukaran air
tangki dibuat, putaran sistem penurasan juga haruslah
dipertingkatkan bagi menghalang kewujudan gas Amonia daripada
serta-merta muncul. Bakteria Nitrosomonas akan terhasil semula
secara beransur-ansur apabila cukup tempoh keberkesanan sistem
penurasan. Jesteru, sebagai langkah seterusnya adalah dengan
mencampurkan sedikit larutan pekatan anti-bakteria ke dalam
air tangki bagi melumpuhkannya daripada terus aktif. Larutan
ini boleh didapati di kedai ikan yang berdekatan.
Ulangkaji Selain gas Amonia, gas kedua iaitu Nitrit juga tidak
boleh dipandang ringan dalam konteks Sindrom Tangki Baru ini.
Apabila ejen pengurai bakteria Nitrosomonas telah mengaktifkan
dirinya, ia akan mula mengurai gas Amonia menjadi gas Nitrit
rendah toksik. Di peringkat gas Nitrit, ejen pengurai bakteria
Nitrobakter akan teraktif dan bertanggungjawab dalam mengurai
gas Nitrit kepada gas Nitrat pula. Bakteria Nitrobakter tidak
akan dapat diaktifkan jika bakteria Nitrosomonas tidak
terhasil daripada kemunculan gas Amonia. Sekalipun gas Nitrit
rendah toksik, lama-kelamaan akibat proses penguraian bakteria
Nitrosomonas akan mencipta gas Nitrat rendah toksik yang
bersifat kekal. Tahap kandungan Nitrat yang tinggi akan
memberi kesan toksik berlebihan kepada arowana dan dikhuatiri
akan menjuruskan arowana anda ke arah kemurungan, menjadi liar
secara tiba-tiba dan wabak penyakit. Malah, tidak hairan jika
membawa kepada kematian mengejut. Kaedah menukar air tangki
secara kerap (1/3 air, dua kali seminggu), kepenggunaan
penurasan yang sesuai serta amalan mencampurkan larutan
pemekat anti-bakteria adalah antara jalan yang terbaik dalam
mengatasi fenomena ini. |
• Laman
Utama • Profil
Penulis • E-mel
• WWW
• Pengenalan
• CITES
• Perbezaan
• Pembelian
• Makanan
• Pembiakan
• Osteoglossidae
• Forum • Yahoo! Group • Guestbook • mIRC • Add-a-Link • Galeri • Stok Arowana © Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
|