Informasi Arowana | Keluarga Arowana Di Dunia |
• Laman Utama • Profil Penulis • E-mel • WWW • Pengenalan • CITES • Perbezaan • Pembelian • Makanan • Pembiakan • Osteoglossidae • Forum • Yahoo! Group • Guestbook • mIRC • Add-a-Link • Galeri • Stok Arowana |
Arowana Asia atau genus Scleropages formosus, tergolong dalam keluarga Osteoglossidae. Osteoglossidae adalah keturunan ikan yang mempunyai struktur lidah bergigi atau lebih dikenali sebagai Bony-tongued. Penemuan keluarga Osteoglossidae ini tidak hanya terhad di Asia Tenggara sahaja. Malah, mereka boleh ditemui di negara-negara seperti Afrika, Amerika Selatan, Australia, Bolivia, Brazil, Colombia, Madagascar, Papua New Guinea, dan Venezuela. Arowana Asia Tenggara Scleropages formosus hanya berasal dari negara-negara di Asia Tenggara. Spesis ini boleh ditemui di sungai-sungai serta di tasik-tasik besar air tawar yang berarus tenang. Arowana Emas: Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Emas iaitu Arowana Emas Malaysia atau Malaysian Golden (berasal dari sungai-sungai dan tasik-tasik besar di Malaysia) dan Arowana Emas Indonesia atau Red Tail Golden (berasal dari Pekanbaru, Sumatera, Republik Indonesia). Arowana Merah: Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Merah iaitu Arowana Chili Red (berasal dari Sungai Kapuas, Kalimantan, Republik Indonesia) dan Arowana Blood Red (berasal dari Tasik Sentarum, Kalimantan, Republik Indonesia). Arowana Hijau: Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Hijau iaitu Arowana Common Green (berasal dari kebanyakan sungai dan tasik besar air tawar di negara Asia Tenggara - tidak termasuk negara Filipina) dan Arowana Yellow Tail (berasal dari Banjarmasin, Sumatera, Republik Indonesia). Tumbesaran Maksima Di Alam Liar Arowana kategori Emas dan Merah adalah sekitar 90sm, manakala arowana kategori Hijau sekitar 90sm ke bawah. Kelikatan Komposisi Air pH6.5 - 7.5. Capaian Usia Matang 3 - 5 tahun. Bilangan Telur Sekitar 30 - 80 biji. Sijil CITES Diperlukan, kecuali arowana kategori Hijau. Arowana Amerika Selatan Terdapat dua genus bawah Arowana Amerika Selatan iaitu Arowana Perak atau Silver Arowana - Osteoglossum bicirrhosum dan Arowana Hitam atau Black Arowana - Osteglossum ferreirai. Arowana Perak: Arowana Perak atau Silver Arowana banyak membiak di laluan Sungai Amazon, Sungai Maranyun dan Sungai Ukayari, Amerika Selatan. Arowana Hitam: Arowana Hitam atau Black Arowana banyak membiak di Sungai Rio Negro dan Sungai Buranko, Amerika Selatan. Tumbesaran Maksima Di Alam Liar Arowana Perak sekitar 100sm, manakala Arowana Hitam sekitar 60sm. Kelikatan Komposisi Air Arowana Perak pH6 - 7, manakala Arowana Hitam pH5.5 - 6.5. Capaian Usia Matang Arowana Perak 3 - 4 tahun, manakala Arowana Hitam 4 tahun. Bilangan Telur Arowana Perak sekitar 100 - 300 biji, manakala Arowana Hitam sekitar 80 - 120 biji. Sijil CITES Tidak diperlukan. Arowana Australia & Papua New Guinea Terdapat dua genus bawah Arowana Australia dan Papua New Guinea iaitu Arowana Mutiara atau Pearl Arowana - Scleropages jardini dan Arowana Berbintik atau Spotted Arowana - Scleropages leichtardtii. Arowana Mutiara: Arowana Mutiara atau Pearl Arowana banyak membiak di Sungai Jardine dan Sungai Adelaide, di negara Australia serta sungai berdekatan dengan Laut Timor, Papua New Guinea. Arowana Berbintik: Arowana Berbintik atau Spotted Arowana banyak membiak di Sungai Fitzroy, Australia. Tumbesaran Maksima Di Alam Liar Arowana Mutiara sekitar 50sm, manakala Arowana Berbintik sekitar 100sm. Kelikatan Komposisi Air Arowana Mutiara pH6.5 - 7.5, manakala Arowana Berbintik pH7 - 8. Capaian Usia Matang Arowana Mutiara 3 - 4 tahun, manakala Arowana Berbintik 4 tahun. Bilangan Telur Arowana Mutiara sekitar 30 - 130 biji, manakala Arowana Berbintik sekitar 30 - 100 biji. Sijil CITES Tidak diperlukan. |
• Laman
Utama • Profil
Penulis • E-mel
• WWW
• Pengenalan
• CITES
• Perbezaan
• Pembelian
• Makanan
• Pembiakan
• Osteoglossidae
• Forum • Yahoo! Group • Guestbook • mIRC • Add-a-Link • Galeri • Stok Arowana © Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
|