Dunia Arowana - Menyelami Fenomena Eksotik Ikan Kelisa
Informasi Arowana Profil Ringkas Penulis

Laman Utama

Profil Penulis

E-mel

WWW

Pengenalan

CITES

Perbezaan

Pembelian

Makanan

Pembiakan

Osteoglossidae

Forum

Yahoo! Group

Guestbook

mIRC

Add-a-Link

Galeri

Stok Arowana
Super Red Arowana

Hai, saya Bonytongue2000. Saya sebenarnya meminati hobi memelihara arowana Asia ini sejak daripada kecil lagi iaitu ketika berusia 8 tahun. Cuma, peluang untuk memilikinya pada masa itu masih belum kesampaian. Ia bermula apabila saya mengunjungi seorang rakan di rumahnya. Sedang kami asyik bermain "ping pong dinding" bersama, tiba-tiba bola kami terlantun jauh sehingga ke ruang tamu. Oleh kerana saya seorang yang agak "hyper-active" pada ketika itu, saya telah menawarkan diri untuk mengambil bola ping pong tersebut agar dapat menyambung semula permainan yang terhenti di ruang tengah - berhampiran dapur.

Sementara saya asyik tercari-cari di merata pelusuk ruang, pada ketika itulah mata saya tiba-tiba tertumpu ke suatu arah yang amat menyenangkan naluri saya - iaitu sebuah akuarium bersaiz 5'x 2'x 2' berserta seekor ikan besar di dalamnya! Hal yang sebenarnya, saya tidak pernah bertandang melewati ke ruang tamu. Jikalau saya ingin ke rumahnya, hanyalah melalui pintu dapur, kerana ia terletak berhampiran dengan lorong kecil yang sering saya lalui. Malah, saya mengenali rakan saya itu hanya beberapa bulan, setelah berhijrah dari Kuala Lumpur dan menetap serta bersekolah di Alor Setar, Kedah selama 2 tahun.

Berbalik semula kepada cerita ikan tadi, apa yang begitu menghairankan saya ialah, ikan yang dipelihara bapanya itu mempunyai sesisik besar yang tersusun rapi serta bersesungut! Tanpa disedari, perasaan saya tiba-tiba menjadi sangat kagum kepada ikan tersebut. Susulan daripada itu, saya berhijrah semula dan membesar di Kuala Lumpur tanpa memikirkan mengenainya lagi. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya bertemu semula dengan Arowana Asia lantas mencipta inspirasi hebat buat saya khusus dalam membina lamanweb informasi Arowana yang tidak seberapa ini. Semoga terhibur ...


Yahoo! Group - AsianArowana

Laman UtamaProfil PenulisE-mel WWW Pengenalan CITES Perbezaan Pembelian Makanan Pembiakan Osteoglossidae
Forum Yahoo! GroupGuestbook mIRC Add-a-Link Galeri Stok Arowana

© Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
All Rights Reserved © 2003-2005 Bonytongue2000™