Make your own free website on Tripod.com
Dunia Arowana - Menyelami Fenomena Eksotik Ikan Kelisa
Informasi Arowana Pembelian Arowana

Laman Utama

Profil Penulis

E-mel

WWW

Pengenalan

CITES

Perbezaan

Pembelian

Makanan

Pembiakan

Osteoglossidae

Forum

Yahoo! Group

Guestbook

mIRC

Add-a-Link

Galeri

Stok Arowana

Arowana Asia adalah sejenis ikan peliharaan berjangka-hayat panjang. Adalah penting untuk diketahui dengan betul pada peringkat awal sebelum ia dibeli. Seksyen seterusnya akan menerangkan apa yang perlu untuk sebelum, semasa dan sesudah anda membeli arowana Asia.

Sebelum Membeli

Penjagaan arowana sebenarnya menuntut komitmen hampir setiap masa. Arowana, ikan yang sungguh mengagumkan dan mampu hidup selama hampir 20 tahun. Fikir dua kali sebelum membeli arowana. JANGAN membeli arowana atas sebab terdorong, jika anda belum cukup berpengetahuan mengenainya.

Sesiapa sahaja yang bercadang untuk memelihara arowana, HARUSLAH membuat beberapa kajian terlebih dahulu sebelum meletakkan tangan ke atas dirinya. Berikan perhatian yang khusus akan keperluan-keperluannya dan peruntukkanlah sedikit waktu ketika memeliharanya. Maklumat-maklumat ini boleh didapati pada bahagian muka laman saya yang lain. Jika anda fikir bahawa anda boleh menyediakan persekitaran yang betul di samping dapat mencurahkan kasih sayang kepada ikan tersebut, maka teruskanlah. Saya boleh memastikan bahawa segala ikhtiar yang dikorbankan ke atas arowana anda akan menjadi berfaedah, setelah melihat teman anda yang cantik itu hidup-biak di ruang tamu rumah anda.

Di Mana Boleh Dibeli?

Biasakan dengan membeli arowana daripada peniaga yang bereputasi baik. Terdapat ramai peniaga yang tidak beretika di luar sana, menjual arowana bermutu rendah pada harga yang tinggi atau daripada jenis yang tidak sama seperti didakwa. Tidak kurang juga, arowana-arowana yang penuh sarat dengan hormon! Biasakan dengan membeli daripada peniaga yang berpengalaman dan jujur, kerana anda mungkin memerlukan nasihat selepas jualan jika anda mengalami sebarang kesulitan. Terdapat beberapa lamanweb yang menyediakan "Arowana Discussion Board" di internet bagi membolehkan anda menimba pengalaman daripada mereka yang lebih arif.

Memilih Arowana Asia

Kesihatan arowana adalah perkara paling asas yang perlu dipertimbangkan. Pilihlah arowana yang aktif sahaja. Jangan sesekali membeli arowana yang suka bersembunyi di penjuru, berenang tidak normal atau yang berpenyakit. Antara tanda-tanda berpenyakit atau kecacatan yang dihadapi arowana ialah seperti sepasang sesirip pektoral yang terkapit, sesirip pektoral yang tidak sama panjang atau terlalu membengkok, konfigurasi sesisik yang tertonjol, dubur tersembul, bebola mata berselaput dan bernafas terlalu cepat (rapid breathing).

Keseluruhan konfigurasi ikan haruslah berkeadaan seimbang serta mampu mempamirkan keunggulan dan rasa keanggunan kepada bakal pemiliknya. Kedua-dua bebola mata haruslah kelihatan jernih dan bersih serta bebas daripada sebarang selaput tebal, mulut dan rahang haruslah tertutup sempurna, sepasang sesungut di hadapan rahang bawah haruslah sama panjang serta tidak bergulung, antara bahagian kepala dengan tubuh haruslah melandai, bentuk keseluruhan tubuh haruslah serata serta seimbang, sesisik haruslah tersusun rapi serta kelihatan seimbang, manakala sesirip haruslah sepadan dengan saiz tubuh (tidak terlalu besar atau sebaliknya) serta terbuka sepenuhnya. Warna arowana pula harus dititikberat berdasarkan kepada tanda-tanda pembeza keturunan (strain), samada mereka daripada kategori Emas, Merah atau Hijau.

Rahang bawah yang menonjol ke atas akan kelihatan lebih ketara, tatkala arowana itu semakin membesar. Ketidak-seimbangan tumbesaran seperti berkepala atau bermata terlalu besar, adalah petanda bahawa arowana mengalami kebantutan akibat kerencatan atau kelengkungan tulang spinalnya (spinal curvature). Sesirip yang besar lebih digemari oleh kebanyakan para penggemar, tetapi hal ini tidak perlu terlalu difikirkan kerana ia akan kelihatan mengecil apabila arowana semakin membesar.

Arowana harus pantas dan tangkas berenang dengan kesemua sesiripnya terbuka luas (termasuk sepasang sesirip pektoral). Arowana juga seharusnya tidak terlalu liar dan sentiasa bersedia untuk diberi makan. Adalah sukar untuk mengenalpasti tanda-tanda pembeza keturunan, jika arowana masih terlalu kecil. Jesteru, sukar jualah bagi menentukan gred-grednya. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya mendapatkan arowana dewasa bagi tujuan pengenalpastian.

Jangan sesekali membeli arowana yang baru sahaja tiba di kedai. Sebaliknya sediakan wang pendahuluan, supaya dapat disimpan dan ikutilah perkembangan demi perkembangan dalam beberapa hari kemudian. Wabak penyakit mungkin menjadi-jadi, akibat tekanan sewaktu perjalanan. Di rumah, sambil sibuk menyediakan tempat baru untuk bakal ikan peliharaan kesayangan anda itu, cuba pertimbangkan semula keputusan yang bakal dibuat bagi mengelakkan sebarang kekesalan. Ada bijaknya dalam anda mengorbankan sedikit wang pendahuluan, jikalau anda sanggup bersabar sambil membuat sedikit penyelidikan mengenai arowana-arowana yang baik mutunya!

Pemindahan

Pastikan air di tangki baru anda telah dituras dengan secukupnya sebelum anda memindah-masuk arowana ke dalamnya. Uji tahap pH air tangki baru terlebih dahulu dan berusahalah untuk meminimakan perbezaan-perbezaannya. Beritahu pekedai atau pembekal tempatan (Local Fish Supplier - LFS), supaya tidak memberi makan arowana untuk sehari, sebelum boleh dipindahkan ke dalam tangki yang baru. Tekanan akibat pemindahan kelak akan menjadi-jadi jika berperut penuh kerana kekenyangan.

Cahaya yang tenang (sedate light) untuk arowana dewasa adalah disyorkan selagi cahaya ini tidak menyeksanya. Gunakanlah beg plastik sewaktu menangkapnya berbanding menggunakan jaring bagi mengurangkan kecederaan fizikal. Beg plastik pula haruslah diikat dengan getah gelang (rubber ban) pada setiap penjurunya atau tanpa sudut "maut", bagi mengelakkan ikan itu daripada kelemasan sekiranya terhadapkan mukanya di sudut tersebut. Gunakanlah beberapa lapis beg plastik untuk mengelakkan sebarang kemalangan fizikal yang lain. Lindungi setiap lapisan beg plastik dengan kertas berwarna gelap kerana kegelapan dapat membantu menenangkan arowana. Isikan beg plastik dengan oksigen dan tanyakan kepada pekedai/pembekal tempatan anda; berapa lamakah isian oksigen itu mampu bertahan. Kotak haba (thermal box) juga amat disyorkan bagi menyediakan pemalaran haba, terutama sekali bagi anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi atau beriklim sejuk.

Setiba sahaja ke rumah, masukkan beg plastik tersebut ke dalam tangki baru dan biarkan selama sekitar 15-30 minit bagi menstabilkan suhunya. Kemudian, buka beg plastik tersebut dan campurkan sedikit demi sedikit dengan air tangki yang baru dan tunggu selama sekitar 15-30 minit lagi bagi menyelaraskan perbezaan-perbezaan kecil yang terdapat daripada komposisi kedua-dua kimia airnya. Jika komposisi kimia airnya mengandungi perbezaan-perbezaan yang besar, ia MESTILAH diselaraskan sebelum anda memindah-masuk arowana ke dalamnya. Apabila kesemuanya telah tersedia dengan sempurna, sekarang anda bolehlah melepaskan arowana ke dalam rumah barunya itu.

Jagaan Lanjutan

1-2 minggu yang pertama adalah detik-detik sukar bagi arowana menyesuaikan dirinya dengan persekitaran barunya. Sindrom Tangki Baru (New Tank Syndrome) bukanlah perkara asing terutama sekali di tangki yang tidak dituras dan distabilkan kimia airnya terlebih dahulu dengan sempurna. Untuk anda lebih memahami Sindrom Tangki Baru ini, pertama sekali adalah dengan memahami struktur Rantaian Nitrogen (Nitrogen's Chains) terlebih dahulu.

Rantaian Nitrogen

Sesetengah orang berpendapat dan mempersoalkan tentang Rantaian Nitrogen ini. Menurut mereka, jika tidak mengetahuinya sekalipun, tidak akan bermasalah. Hanya kepada mereka yang benar-benar memahami, betapa pentingnya dalam menghargai kecantikan arowana adalah berkait-rapat dengan sistem penjagaan dalaman akuarium, sekaligus berjaya dalam penjagaan keseluruhannya.

Struktur Nitrogen:

Gas
Amonia ---------------------- Nitrit ---------------------- Nitrat

Ejen Pengurai
Bakteria Nitrosomonas ----- Bakteria Nitrobakter


Gas Amonia terhasil daripada kumuhan ikan dan juga daripada protein yang terurai akibat lebihan makanan yang ditinggalkan. Akhirnya, ia cukup toksik kepada ikan itu sendiri. Gas Amonia diurai oleh ejen pengurai bakteria Nitrosomonas menjadi gas Nitrit yang rendah toksik. Lama-kelamaan, akan diurai semula menjadi gas Nitrat rendah toksik tetapi bersifat kekal oleh ejen pengurai bakteria Nitrobakter pula. Kedua-dua ejen pengurai ini juga mampu terkandung di dalam sistem putaran penurasan biologi. Gas Nitrat rendah toksik tetapi bersifat kekal boleh dihilangkan dengan mempraktikkan penukaran air secara kerap, atau dengan kepenggunaan tumbuhan air. Gas Nitrat juga dapat diurai menjadi sistem gas Nitrogen tanpa toksik dengan kepenggunaan sistem penurasan bakteria Anaerobe (sistem penurasan berkimia). Konsep penurasan menggunakan bakteria Anaerobe sebagai peneutral kepada sistem Rantaian Nitrogen ini, baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2001 yang lalu. Sila rujuk kepada pekedai tempatan anda mengenainya.

Sindrom Tangki Baru

Tangki yang tidak dituras dan diselenggarakan dengan sempurna atau ertikata lain; sistem penurasan biologi tidak lagi berupaya melumpuhkan gas terakhir iaitu Nitrat yang berpunca daripada keterhasilan gas Amonia pada peringkat awal. Kesan gas Nitrat yang berlanjutan boleh menjurus kepada sindrom kemurungan dan ketidakcergasan ikan. Air tangki perlulah diganti bagi mengubah keadaan ini, di samping bertujuan membantutkan populasi bakteria Nitrosomonas dan Nitrobakter daripada terus berkembang. Setelah penukaran air tangki dibuat, putaran sistem penurasan juga haruslah dipertingkatkan bagi menghalang kewujudan gas Amonia daripada serta-merta muncul. Bakteria Nitrosomonas akan terhasil semula secara beransur-ansur apabila cukup tempoh keberkesanan sistem penurasan. Jesteru, sebagai langkah seterusnya adalah dengan mencampurkan sedikit larutan pekatan anti-bakteria ke dalam air tangki bagi melumpuhkannya daripada terus aktif. Larutan ini boleh didapati di kedai ikan yang berdekatan.

Ulangkaji

Selain gas Amonia, gas kedua iaitu Nitrit juga tidak boleh dipandang ringan dalam konteks Sindrom Tangki Baru ini. Apabila ejen pengurai bakteria Nitrosomonas telah mengaktifkan dirinya, ia akan mula mengurai gas Amonia menjadi gas Nitrit rendah toksik. Di peringkat gas Nitrit, ejen pengurai bakteria Nitrobakter akan teraktif dan bertanggungjawab dalam mengurai gas Nitrit kepada gas Nitrat pula. Bakteria Nitrobakter tidak akan dapat diaktifkan jika bakteria Nitrosomonas tidak terhasil daripada kemunculan gas Amonia. Sekalipun gas Nitrit rendah toksik, lama-kelamaan akibat proses penguraian bakteria Nitrosomonas akan mencipta gas Nitrat rendah toksik yang bersifat kekal. Tahap kandungan Nitrat yang tinggi akan memberi kesan toksik berlebihan kepada arowana dan dikhuatiri akan menjuruskan arowana anda ke arah kemurungan, menjadi liar secara tiba-tiba dan wabak penyakit. Malah, tidak hairan jika membawa kepada kematian mengejut. Kaedah menukar air tangki secara kerap (1/3 air, dua kali seminggu), kepenggunaan penurasan yang sesuai serta amalan mencampurkan larutan pemekat anti-bakteria adalah antara jalan yang terbaik dalam mengatasi fenomena ini.

Yahoo! Group - AsianArowana

Laman Utama Profil Penulis E-mel WWW Pengenalan CITES Perbezaan Pembelian Makanan Pembiakan Osteoglossidae
Forum Yahoo! Group Guestbook mIRC Add-a-Link Galeri Stok Arowana

© Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
All Rights Reserved © 2003-2005 Bonytongue2000™