Make your own free website on Tripod.com
Dunia Arowana - Menyelami Fenomena Eksotik Ikan Kelisa
Informasi Arowana Pengenalan - Arowana Asia

Laman Utama

Profil Penulis

E-mel

WWW

Pengenalan

CITES

Perbezaan

Pembelian

Makanan

Pembiakan

Osteoglossidae

Forum

Yahoo! Group

Guestbook

mIRC

Add-a-Link

Galeri

Stok Arowana
Scleropages formosus
Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai "ikan kelisa" serta "Dragon Fish" oleh sesetengah masyarakat Cina khususnya dan "Dragon Bonytongues" oleh para pengekspot/pengimpot ikan-ikan hiasan amnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana, spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi!
Kategori Arowana Emas
Arowana Emas terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Emas Malaysia (Malaysian Golden. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Malayan Bonytongue) dan Arowana Emas Indonesia (Indonesian Golden) atau secara komersialnya dikenali sebagai Red-Tailed Golden - RTG.


Emas Malaysia

Bentuk tubuh dan warna sesirip Bertubuh agak memanjang dan kelihatan langsing. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah berwarna hijau tua-sedikit tetompok kekuningan, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal (sirip tunggal di bahagian bawah berhampiran ekor), sirip pelvik (sepasang sesirip di bahagian hadapan sektor anus - lazimnya pada bahagian ini warnanya sedikit memudar) serta sepasang sesirip pektoral (sirip paling hadapan di kedua-dua belah sisi tubuh) adalah berwarna oren-kemerahan.

Warna sesisik Kuning-keemasan (Intensiti 18-24 karat - Arowana Emas Malaysia matang/dewasa) dengan kilauan kebiru-biruan/keungu-unguan jelas kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya sewaktu ia kecil - bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 atau ke-5, malah konfigurasi warna ini mampu meliputi secara keseluruhan sehingga ke bahagian aras jaluran sesisik ke-6 - sektor puncak (setelah berusia 5-6 tahun ke atas). Kedua-dua bebola matanya kelihatan sedikit kuning-kemerahan dan berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua-kekelabuan.

Emas Indonesia

Bentuk tubuh dan warna sesirip Bertubuh agak membujur dan sedikit memendek. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah hijau gelap-kehitaman, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal, sirip pelvik serta sepasang sesirip pektoral adalah merah-merah tua (warna pada sesirip serta ekor Arowana Emas Indonesia lazimnya agak memekat berbanding Arowana Emas Malaysia. Oleh kerana itu jugalah, maka ia dilabel sebagai Arowana Emas Berekor Merah atau Red-Tailed Golden dalam bahasa Inggeris).

Warna sesisik Kuning-loyang (Intensiti 12-16 karat - Arowana Emas Indonesia matang) dengan sedikit kilauan keungu-unguan kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya (kilauannya tidak begitu ketara berbanding Emas Malaysia), bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 (agak selari dengan aras matanya). Adakala warna ini mampu untuk menjangkau sehingga ke aras jaluran sesisik ke-5 jika dikacuk bersama Arowana Emas Malaysia - proses mutanisasi/hibridisasi). Kedua-dua bebola matanya berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Arowana Emas Malaysia dan berwarna merah gelap, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya kekelabu-hitaman.
Kategori Arowana Merah
Arowana Merah terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Merah Cili (Chilli Red) dan Arowana Merah Darah (Blood Red). Kedua-dua sub-variasi ini digelar oleh para pengekspot/pengimpot sebagai Arowana Super Red setelah melampaui proses pengkacukan (hibridisasi) bersama.


Chilli Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip Bertubuh kelihatan agak melebar dan berkepala agak mengecil. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak melandai/melengkung. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna merah garang sementara ekornya berbentuk agak dempak/lebar serta berbentuk menajam di bahagian hujungnya.

Warna sesisik Merah saga pegun (Chilli Red matang/dewasa) haruslah meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (tompokan merah di kedua-dua belah sektor pipi). Manakala warna seakan-akan kehijau-hijauan tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kekuning-merahan serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya hijau tua-kecoklatan.

Blood Red

Bentuk tubuh dan warna sesirip Bertubuh agak gempal serta kelihatan memanjang dan langsing. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak meruncing/menirus dan bersaiz normal. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna merah pekat sementara ekornya berbentuk melebar dan membulat di bahagian hujungnya (berbanding Chilli Red - konfigurasinya agak menajam di hujung ekornya).

Warna sesisik Merah pekat pegun (Blood Red matang) akan meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (sama keadaannya dengan Chilli Red). Manakala warna seakan kebiru-biru tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (warna pegun - tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kuning-kemerahan serta berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Chilli Red), manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak juga lazimnya hijau tua-kecoklatan.
Kategori Arowana Hijau
Arowana Hijau juga terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Hijau Biasa (Common Green) dan Arowana Ekor Kuning (Yellow Tail). Kedua-dua sub-variasi seterusnya ini adalah daripada spesis yang mampu dimiliki oleh kebanyakan penggemar ikan hiasan, terutama sekali bagi pemelihara yang mengambil kira perbelanjaan mereka.


Common Green

Bentuk tubuh dan warna sesirip Bertubuh kelihatan agak membujur dan sedikit memendek (spesis arowana Asia terpendek dalam genus Osteoglossidae - Osteoglossiformes - Scleropages formosus). Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna hijau tua-kekelabuan, sementara ekornya berbentuk agak melebar dan membulat di bahagian hujungnya.

Warna sesisik Putih pudar yang telus cahaya (Arowana dewasa) harus meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran ke-5 - sama-sekali tidak memiliki variasi warna yang begitu menonjol berbanding kategori-kategori utama Arowana Asia yang lain. Kedua-dua bebola matanya berwarna jernih kekuningan (adakalanya sedikit kemerahan, bergantung kepada generasi habitat asalnya) serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua.

Yellow Tail

Bentuk tubuh dan warna sesirip Sama juga seperti Common Green. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna kuning terang bercampur sedikit jejalur kehijauan.

Warna sesisik Putih-kepucatan yang agak telus cahaya meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran sesisik ke-5. Manakala bahagian-bahagian lain sama keadaannya seperti Common Green.

Untuk maklumat lanjut mengenai kategori utama Arowana Asia, silalah merujuk ke muka laman Perbezaan untuk melihat imej-imej yang telah diaturkan.
CITES
Convention On International Trade In Endangered Species Of Wild Fauna And Flora

CITES telah diasaskan dan telah ditandatangani di Geneva, Switzerland pada penghujung tahun 70'an secara bersama oleh beberapa buah negara yang menggariskan spesis Arowana Asia (Scleropages formosus) sebagai spesis fauna yang paling dilindungi (Appendix 1 akta CITES), sekaligus membasmi daripada terus diancam kepupusan. Badan ini juga berperanan untuk memantau isu-isu penangkapan, pemilikan, pemasaran, pembiakan, penyeludupan, pengimpotan dan pengekspotan secara haram di negara-negara yang diharamkan perdagangannya. Secara komersial, bagi setiap arowana Asia yang telah menjangkau ukuran 5 - 6 inci panjang (piawaian ekspot), mereka lazimnya akan disertakan 'tag' bersamanya melalui kaedah penyuntikan sebutir 'mikrocip berdigital', dengan menyuntik-masuk ke dalam tubuh menerusi bawah salah satu kepingan sisik arowana Asia (biasanya pada sektor abdomal), bertujuan bagi menetapkan identiti atau jenis keturunan serta tempat asal ia dibiakkan (ladang pembiakan).

Di Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam memantau segala aktiviti-aktiviti yang membabitkan spesis fauna air tawar yang dilindungi ini. Untuk tujuan pembiakan komersial pula, para bakal pembiak lazimnya harus memiliki sekurang-kurangnya 50-80 ekor baka ternak asal bagi melayakkan usaha mereka untuk membiakkan arowana Asia dan seterusnya melaksanakan aktiviti pemasaran domestik, mengimpot atau mengekspot. Manakala setiap generasi biak komersial (generasi F2 - Second Filial, dan seterusnya) seperti Kategori Emas dan Kategori Merah, sijil perakuan identiti yang diiktiraf oleh sekretariat CITES akan disediakan oleh pembiak, untuk diserahkan bersama-sama 'produk komersial' mereka kepada setiap bakal pelanggan yang berpotensi. Ini juga adalah sebagai langkah rasmi bagi pembiak-pembiak komersial menjalankan aktiviti-aktiviti pengekspotan dan juga pengimpotan fauna yang dilindungi ini.

Yahoo! Group - AsianArowana

Laman Utama Profil Penulis E-mel WWW Pengenalan CITES Perbezaan Pembelian Makanan Pembiakan Osteoglossidae
Forum Yahoo! Group Guestbook mIRC Add-a-Link Galeri Stok Arowana

© Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
All Rights Reserved © 2003-2005 Bonytongue2000™