Make your own free website on Tripod.com
Dunia Arowana - Menyelami Fenomena Eksotik Ikan Kelisa
Informasi Arowana Keluarga Arowana Di Dunia

Laman Utama

Profil Penulis

E-mel

WWW

Pengenalan

CITES

Perbezaan

Pembelian

Makanan

Pembiakan

Osteoglossidae

Forum

Yahoo! Group

Guestbook

mIRC

Add-a-Link

Galeri

Stok Arowana

Arowana Asia atau genus Scleropages formosus, tergolong dalam keluarga Osteoglossidae. Osteoglossidae adalah keturunan ikan yang mempunyai struktur lidah bergigi atau lebih dikenali sebagai Bony-tongued. Penemuan keluarga Osteoglossidae ini tidak hanya terhad di Asia Tenggara sahaja. Malah, mereka boleh ditemui di negara-negara seperti Afrika, Amerika Selatan, Australia, Bolivia, Brazil, Colombia, Madagascar, Papua New Guinea, dan Venezuela.

Arowana Asia Tenggara

Scleropages formosus hanya berasal dari negara-negara di Asia Tenggara. Spesis ini boleh ditemui di sungai-sungai serta di tasik-tasik besar air tawar yang berarus tenang.

Arowana Emas:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Emas iaitu Arowana Emas Malaysia atau Malaysian Golden (berasal dari sungai-sungai dan tasik-tasik besar di Malaysia) dan Arowana Emas Indonesia atau Red Tail Golden (berasal dari Pekanbaru, Sumatera, Republik Indonesia).

Arowana Merah:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Merah iaitu Arowana Chili Red (berasal dari Sungai Kapuas, Kalimantan, Republik Indonesia) dan Arowana Blood Red (berasal dari Tasik Sentarum, Kalimantan, Republik Indonesia).

Arowana Hijau:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Hijau iaitu Arowana Common Green (berasal dari kebanyakan sungai dan tasik besar air tawar di negara Asia Tenggara - tidak termasuk negara Filipina) dan Arowana Yellow Tail (berasal dari Banjarmasin, Sumatera, Republik Indonesia).

Tumbesaran Maksima Di Alam Liar

Arowana kategori Emas dan Merah adalah sekitar 90sm, manakala arowana kategori Hijau sekitar 90sm ke bawah.

Kelikatan Komposisi Air

pH6.5 - 7.5.

Capaian Usia Matang

3 - 5 tahun.

Bilangan Telur

Sekitar 30 - 80 biji.

Sijil CITES

Diperlukan, kecuali arowana kategori Hijau.

Arowana Amerika Selatan

Terdapat dua genus bawah Arowana Amerika Selatan iaitu Arowana Perak atau Silver Arowana - Osteoglossum bicirrhosum dan Arowana Hitam atau Black Arowana - Osteglossum ferreirai.

Arowana Perak:

Arowana Perak atau Silver Arowana banyak membiak di laluan Sungai Amazon, Sungai Maranyun dan Sungai Ukayari, Amerika Selatan.

Arowana Hitam:

Arowana Hitam atau Black Arowana banyak membiak di Sungai Rio Negro dan Sungai Buranko, Amerika Selatan.

Tumbesaran Maksima Di Alam Liar

Arowana Perak sekitar 100sm, manakala Arowana Hitam sekitar 60sm.

Kelikatan Komposisi Air

Arowana Perak pH6 - 7, manakala Arowana Hitam pH5.5 - 6.5.

Capaian Usia Matang

Arowana Perak 3 - 4 tahun, manakala Arowana Hitam 4 tahun.

Bilangan Telur

Arowana Perak sekitar 100 - 300 biji, manakala Arowana Hitam sekitar 80 - 120 biji.

Sijil CITES

Tidak diperlukan.

Arowana Australia & Papua New Guinea

Terdapat dua genus bawah Arowana Australia dan Papua New Guinea iaitu Arowana Mutiara atau Pearl Arowana - Scleropages jardini dan Arowana Berbintik atau Spotted Arowana - Scleropages leichtardtii.

Arowana Mutiara:

Arowana Mutiara atau Pearl Arowana banyak membiak di Sungai Jardine dan Sungai Adelaide, di negara Australia serta sungai berdekatan dengan Laut Timor, Papua New Guinea.

Arowana Berbintik:

Arowana Berbintik atau Spotted Arowana banyak membiak di Sungai Fitzroy, Australia.

Tumbesaran Maksima Di Alam Liar

Arowana Mutiara sekitar 50sm, manakala Arowana Berbintik sekitar 100sm.

Kelikatan Komposisi Air

Arowana Mutiara pH6.5 - 7.5, manakala Arowana Berbintik pH7 - 8.

Capaian Usia Matang

Arowana Mutiara 3 - 4 tahun, manakala Arowana Berbintik 4 tahun.

Bilangan Telur

Arowana Mutiara sekitar 30 - 130 biji, manakala Arowana Berbintik sekitar 30 - 100 biji.

Sijil CITES

Tidak diperlukan.

Yahoo! Group - AsianArowana

Laman Utama Profil Penulis E-mel WWW Pengenalan CITES Perbezaan Pembelian Makanan Pembiakan Osteoglossidae
Forum Yahoo! Group Guestbook mIRC Add-a-Link Galeri Stok Arowana

© Dunia Arowana is a trademark of http://bonytongue2000.tripod.com
All Rights Reserved © 2003-2005 Bonytongue2000™